Terma & Syarat

 

PRIVASI

Kami komited untuk melindungi privasi anda dalam talian. Dasar privasi ini menerangkan maklumat yang kami kumpulkan daripada anda atau maklumat yang anda kongsi dengan kami apabila anda melawati RangkaianMudah.com. Sebagai pengguna RangkaianMudah.com, anda mesti bersetuju untuk membaca dasar privasi kami sebelum berkongsi sebarang maklumat dengan kami. Dasar privasi ini dimasukkan ke dalam dan tertakluk kepada terma dan syarat.

1 . Untuk mendapatkan akses perkhidmatan kami, anda perlu mendaftar dengan kami dan mendapatkan akaun, nama pengguna dan kata laluan. Jika anda memilih untuk mendaftar dengan kami, kami akan mengumpul maklumat asas pengenalan peribadi anda seperti nama, alamat, e-mail dan nombor telefon. Kami tidak mengumpul lebih banyak maklumat daripada yang diperlukan untuk membenarkan penyertaan anda dalam membuat dan menyiarkan iklan di RangkaianMudah.com.

2 . Privasi anda adalah bahagian penting dalam hubungan kami dengan anda. Melindungi privasi anda hanyalah sebahagian daripada misi kami untuk menyediakan persekitaran web yang selamat. Apabila menggunakan laman web kami RangkaianMudah.com termasuk perkhidmatan kami, maklumat anda akan kekal sulit. RangkaianMudah.com terbuka kepada pandangan umum; jadi sila jangan siarkan sebarang maklumat peribadi tambahan dalam urusan anda dengan orang lain.

3 . Sebagai pengguna berdaftar, anda boleh mengakses akaun anda dengan nama pengguna unik dan kata laluan seperti yang anda pilih. Anda bertanggungjawab untuk merahsiakan kata laluan anda. Untuk memastikan keselamatan yang lebih baik, kami mengesyorkan agar anda memilih kata laluan yang kukuh yang mengandungi abjad, nombor dan aksara khas dan anda menukar kata laluan anda secara berkala.

4 . Kami berhak, tanpa notis untuk menukar, mengubah suai, menambah atau mengalih keluar bahagian dasar privasi kami pada bila-bila masa. Perubahan ini akan disiarkan secara terbuka di tapak web kami. Apabila anda melawat RangkaianMudah.com, anda menerima semua syarat dasar privasi kami. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat dasar privasi kami, anda harus berhenti menggunakan RangkaianMudah.com.

 

SYARAT

Sila baca dengan teliti syarat-syarat berikut sebelum anda hantarkan iklan anda dalam RangkaianMudah.com.

1 . RangkaianMudah.com TIDAK bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerugian, kehilangan, keuntungan akibat daripada  kepercayaan, pergantungan dan penggunaan sebarang jenis maklumat iklan yang terkandung dalam laman web RangkaianMudah.com.

2 . RangkaianMudah.com TIDAK bertanggungjawab dan menyokong mana-mana iklan produk, perkhidmatan, komentar, ulasan, pandangan, cadangan dan/atau maklumat lain yang terkandung dalam laman web RangkaianMudah.com.

3 . RangkaianMudah.com mempunyai hak untuk menamatkan atau menggantung akaun tidak aktif ATAU kandungan dalam iklan anda yang berunsurkan seks atau gambar separa seksi, perkauman, sesitiviti kaum dan bersifat iklan spam (iklan yang mempunyai isi kandungan dan imej yang sama berulang-ulang).

4 . RangkaianMudah.com mempunyai hak untuk mengemaskini atau menghapuskan iklan yang tidak berkaitan. Penghapusan iklan dilakukan tanpa sebarang notis. Anda boleh hubungi kami melalui "Hubungi Kami" untuk sebarang kemusykilan.

5 . Segala maklumat profil yang anda berikan seperti e-mail, nombor telefon dan alamat. Pihak kami tidak akan dedahkan kepada sesiapa bagi tujuan kegunaan tertentu.

6 . Anda boleh mengubahsuai, menghapus serta menambah mana-mana iklan anda ATAU mengemaskinikan profil melalui "Dashboard" yang disediakan. Justeru anda perlu daftar terlebih dahulu sebagai pengguna yang sah dan berdaftar.

7 . RangkaianMudah.com berhak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa notis. Sokongan padu daripada anda amat diperlukan bagi meneruskan legasi RangkaianMudah.com.

8 . Dalam keadaan tertentu, RangkaianMudah.com berhak untuk mengubah, membatal atau menambah klausa terma dan syarat tanpa notis.

9 . Iklan berbayar bermaksud Ahli Percuma yang telah upgrade keahlian kepada Ahli Vip. Mereka terlebih dahulu membayar RM20.00 sekali sahaja sebelum ianya boleh disiarkan secara eksklusif dalam ruang "Ad Listing".

10 . Sekiranya maklumat yang dikehendaki TIADA dalam laman web ini, anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan borang "Hubungi Kami".

 

PROGRAM AFFILIATE

Rangkaianmudah.com juga merupakan platform yang menawarkan perkhidmatan pemasaran online dan juga bisnes online yang melibatkan banyak pihak iaitu pelanggan, penjual dan Program Affiliate dan pihak Rangkaianmudah.com. Bagi memastikan platform dapat berjalan dengan lancar, mereka yang terlibat haruslah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan agar tiada masalah yang berlaku pada kemudian hari.

Berikut merupakan terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap yang menggunakan platform ini.

1 . Anda tidak akan menyalah guna bahan promosi yang diberikan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM atau MENCURIGAKAN.

2. Anda faham dengan jelas bahawasanya jika anda melanggar mana – mana Syarat & Terma Program Affiliate Rangkaianmudah.com ini, akaun anda boleh digantung ataupun akaun dipadamkan tanpa sebarang notifikasi.

3. Anda mestilah mematuhi terma dan syarat platform yang digunakan untuk tujuan pemasaran di media sosial seperti menggunakan tiktok, Instagram, facebook dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh platform media sosial tersebut.

4. Komisen hanya akan diberikan jika pelanggan membuat pembelian secara online dan dapat dijejak oleh sistem sahaja. Sekiranya pelanggan meminta bayaran balik wang (refund) komisen agen affiliate akan dibatalkan.

5. Rangkaianmudah.com berhak meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat di atas untuk kebaikan bersama tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak lain terlebih dahulu.

 

RangkaianMudah.com BUKAN pelaburan, skim cepat kaya atau program duduk diam dapat duit. Pendapatan setiap ahli bergantung kepada usaha dan strategi memperkenalkan program ini kepada ahli baru. Upgrade Vip hanya RM20.00 (sekali sahaja) adalah untuk pembelian tapak iklan dan download produk dan menyertai program affiliate yang disediakan oleh RangkaianMudah.com. Tiada pemulangan wang semula.